
Nama bernama Mohd Fakhrulrazi Bin Shafie. Tapi dalam IC ejaan nama Bapa saya “Safiai”. Saya tak suka gunakannya kecuali untuk perkara rasmi kerana ejaan itu bunyinya tidak saya seperti yang Datuk saya mahukan. Zaman dahulu, terlalu banyak kes tak pandai mengeja nama.
Saya dilahirkan pada 20/11/1984 . Berbintang Scorpio. Mengikut tukang-tukang ramal (kononnya mereka dah buat kajian), ciri-ciri peribadi saya berpandukan tarikh lahir ialah keras kepala, tegas dan kadang-kadang sukar difahami sikapnya. Tidak mudah diampu dan kuat semangatnya apabila mahukan sesuatu. Walaupun ini ramalan , namun semuanya adalah sama dengan diri saya.
Saya mempunyai 7 beradik dan saya adalah anak yang kelima. Mempunyai 2 orang abang, 2 orang kakak, 2 orang adik dan 2 orang tua. Oh ya, saya masih sifar teman wanita
.
Kerjaya saya sekarang ialah menguruskan kedai buku yang bernama Kedai Buku Ash-Shafie. Minat saya adalah dalam bidang penulisan non-fiksyen (saya minat menulis tentang bisnes) dan bidang pertanian.
Antara buku-buku yang saya berjaya hasilkan ialah Buat Duit Dengan Ikan Keli dan Buat Duit Dengan Cendawan.
![]()
Minat dalam bisnes menyebabkan saya terpaksa menunda dulu pengajian saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ada rezeki insyaallah saya akan dapatkan Ijazah saya.
Ini sahaja pengenalan tentang diri saya. Jika ada apa-apa hal bolehlah menghantarkan ke email peribadi saya.
Email : myfakhrul@yahoo.com
H/P : 012-9521678




No Responses to “ Tentang Saya ”