1. Saya sangat berminat dengan dunia perniagaan dan keusahawan. Kata orang, orang yang berminat dengan bisnes ialah orang yang suka bersaing. Tapi, saya tidak begitu dan benci persaingan.

2. Kata orang, kalau nak berniaga, kena pandai bersaing, barulah maju. Tapi saya tidak berminat berbuat begitu.

3. Sehingga sekarang, saya tidak dapat menerima persaingan sebagai asas kejayaan dalam bisnes. Dan saya sering mencari-cari fakta yang menyokong pendapat saya, namun tidak dijumpai. Kebanyakkannya berpendapat bahawa perlu bersaing untuk berjaya dalam perniagaan.

4. Sehinggalah pada satu hari, saya terbaca laman blog Puan Ainon, Pengerusi Kumpulan PTS. Dia menegaskan bahawa PTS tidak percaya dengan konsep persaingan, tetapi percaya kepada konsep berlumba-lumba.

5. Katanya, dalam Islam, umatnya digalakkan berlumba-lumba dalam mengejar kebaikan (dalam semua kebaikan). Perniagaan pun wajib menggunapakai konsep ini. Saya sangat bersetuju dengan pendapat ini!

6. Dalam konsep ini, kita lebih digalakkan mencipta peluang daripada merebut peluang. Kerana perbuatan merebut peluang menyebabkan orang lain kalah.

7. Kadang-kala saya ada juga merebut peluang yang ada, tetapi kebanyakkannya saya mencipta peluang. Saya merebut peluang kerana peluang itu tidak diambil oleh orang lain. Dengan kata lain, saya bukan “merebut” tetapi “mengambil peluang”. “Mengambil peluang berbeza dengan “merebut peluang”. “Merebut peluang” menyebabkan ada pihak yang kalah dan “mengambil peluang” tidak menyebabkan orang lain kalah bahkan menyebabkan  orang lain mendapat manfaat.

8. Contoh mencipta peluang ialah, apabila saya melihat di tempat saya (Gua Musang) tidak ada kedai buku, saya mencipta peluang dengan mewujudkan peluang tersebut. Semasa saya ingin membuka kedai tersebut, ramai yang mempersoalkan mengapa saya berani membuka kedai buku sedangkan semua tidak berani membuka kedai buku di sini kononnya orang di sini tidak gemar membaca buku, buktinya tidak ada sebuah pun kedai buku yang beroperasi (yang betul-betul seperti kedai buku). Saya menjawab, orang di sini tidak membaca buku kerana kedai buku tiada.

Kedai Buku Ash-Shafie

Kedai Buku Ash-Shafie

9. Berbalik kepada konsep “mengambil peluang” , saya juga kadang-kala mengamalkan konsep ini. Dalam konsep ini, jika kita tidak mengambil peluang ini, ia akan membazir. Membazir adalah sikap yang dibenci oleh Islam. Contohnya sekarang, pihak eCosway menawarkan membuka stokis secara percuma kepada sesiapa yang berminat khususnya kepada orang Melayu, saya pun segera memohonnya kerana ramai yang mengabaikan peluang ini. Jika saya tidak “mengambil peluang” ini, ia akan menjadi membazir.

Stokis eCosway

Stokis eCosway

P/s : sesiapa yang berminat untuk mengetahui cara untuk membuka stokis eCosway bolehlah menghubungi saya.