Wed 18 Feb 2009
Terbaca novel yang Syoks
Posted by admin under Ulasan Buku
No Comments
1. Dah lama saya tak baca novel. Bukanya apa. Sekarang saya tumpukan dalam bidang bisnes. Terlalu banyak buku bisnes yang saya baca. Kadang-kadang ada jugak terasa macamĀ information overload.
2. Saya sasarkan 3 buah buku bisnes dalam seminggu. Mujurlah saya tokey kedai buku, jadi bleh baca free. ![]()
3. Suatu hari, saya terbaca post dari Sifu PTS, dia cakap dah lama tak baca novel melayu. Tapi bila baca buku ni, dia cakap best. Saya pun tertanya-tanya, best ke buku tu?.
4. Satu pagi, hati saya tergerak hati nak belek-belek isi buku tu. Dah lama duk dalam kedai saya, cuma tak pernah saya sentuh.
5. Apabila saya baca m/s pertama, saya dapat rasakan buku ni lain yang lain.
Ni dia buku tu- Dunia Ini Sederhana Kecil.
6. Buku ini hasil karya saudara Bahruddin Bekri.
7. Gaya bahasanya santai dan ayat-ayatnya amat melucukan. Buku ni bercerita tentang Syamir, pengangur lepasan universiti mencari pekerjaan. Semasa mencari pekerjaan itu, banyak insiden yang melucukan berlaku.
8. Kalau nak tahu lebih lanjut, tak ada cara lain. Beli sendiri dan hayatilah falsafah-falsafah Syamir yang baguih dok ado.
P/s: Dalam hidup ni, kadang-kala kita kena lakukan benda-benda yang santai. Kalau selalu serius, nanti cepat stress. Baca buku bisnes serius, baca novel santai. Jadi sekali-sekala bacalah benda-benda yang santai, majalah ke, kartun ke atau ape-ape (jangan yang lucah sudah). Yang penting santai.





No Responses to “ Terbaca novel yang Syoks ”