Sun 15 Feb 2009
Blog berbayar yang pertama
Posted by admin under Internet
No Comments
Sudah lama saya bercita-cita nak buat blog sendiri (yang berbayar). Namun entah mengapa hajat tu belum tercapai. Walaupun nak buat blog ni bukanlah payah sangat tapi agak susah juga kalau kita tak bertindak.
Tunda punya tunda akhirnya saya ambik keputusan supaya blog sendiri mesti wujud sebelum minggu depan. Tapi saya tak pandai nak setup blog. Akhirnya saya upah orang lain buatkan untuk saya. Harganya murah jer, berbaloi sebab saya tak payah pening-pening kepala belajar cara nak setup.
Kesimpulanya, kalau kita tak pandai nak buat sesuatu benda, kita masih boleh dapatnyanya. Caranya ialah meminta orang lain buat. Dalam bisnes pula, kita jangan mahu lakukan semua perkara. Kadang-kala mengupah orang lebih berbaloi.
Namun begitu, ada baiknya kita tahu serba sedikit tentang sesuatu perkara walaupun kita tidak membuatnya sendiri. Saya masih belajar tentang cara nak setup blog sendiri walaupun blog dah siap.
Mana tahu, suatu hari nanti saya boleh ambil upah setupkan blog orang lain pula![]()




No Responses to “ Blog berbayar yang pertama ”