1. Setelah hampir setahun membuka kedai buku, saya rasakan bisnes ini semakin sesuai dengan jiwa saya. Sebabnya saya sangat suka membaca.

2. Namum begitu, dalam bisnes, minat sahaja tidak cukup. Ilmu sahaja tidak cukup. Rangkaian (networking) sahaja tidak cukup. Pengalaman sahaja tidak cukup. Nasib sahaja tidak cukup. Pendek kata semuanya perlu ada.

3. Dalam bisnes, semakin lama anda menceburi dan mendalami, anda akan rasakan anda semakin jahil. Hakikatnya anda semakin pandai.

4. Semasa menguruskan kedai buku ini, saya ada membuat beberapa kesilapan kecil seperti terlebih membeli stok dan silap memilih produk. Pada awal bisnes, semuanya main tunai. Tak ada pembekal yang beri hutang, jadi anda harus berhati-hati dengan pembelian stok. Semasa “terbuat kesilapan ini, saya menyangka akan membuat kesilapan ini sekali sahaja, tapi saya terkejut kerana banyak kali saya melakukan kesilapan ini.

5. Walaupun kesilapannya sama, iaitu silap semasa membeli stok, namun keadaannya tidak sama. Kerana stok yang perlu dibeli pada bulan 1 tidak sama dengan stok yang perlu dibeli pada bulan 9. Contohnya, pada bulan 1, kita perlu membeli stok buku tulis dalam jumlah yang banyak kerana pada masa ini biasanya Ibubapa membeli untuk anaknya dalam jumlah yang banyak untuk anak mereka. Pada bulan-bulan yang berikutnya, permintaan kepada buku tulis menjadi semakin sedikit. Kita akan melakukan kesilapan jika membeli dalam jumlah yang tetap setiap bulan.

6. Itu hanya contoh yang mudah. Sebenarnya banyak lagi yang perlu berhati-hati semasa pembelian stok. Contohnya buku folio, pensil warna, pensil, pemadam, kertas manila dan banyak lain. Kerana pelajar akan membeli bila tiba masanya. Contohnya, pertengahan tahun buku folia sangat laris pada pertengahan tahun kerana pada waktu ini biasanya pelajar perlu buat tugasan sekolah. Stok alat tulis yang asas seperti pensil dan pemadam pula perlu dibeli dalam jumlah yang banyak pada awal tahun dan setiap musim peperiksaan.

7. Itu baru cerita pasal alat tulis. Cerita pasal buku-buku rujukan sekolah dan bacaan umum seperti novel juga tidak kurang memeningkan kepala.

8. Kebanyakkan buku bacaan perlu dibeli secara tunai. Jadi stok buku yang mampu dibeli tidak banyak. Tambahan judulnya banyak. Kedai buku saya diuruskan secara manual (tiada sistem Point Of Sales), jadi banyak stok yang sudah habis terlepas pandang. Saya yakin, jika ada sistem POS, perniagaan akan menjadi lebih maju. Namun begitu, nak guna sistem ini semasa perniagaan sudah beroperasi bukanlah sesuatu yang terlalu mudah.

10. Ada lagi beberapa kesilapan kecil yang tidak berapa penting untuk ditulis di sini. Namun begitu, penting untuk saya tidak mengulanginya lagi.

11. Saya yakin dan bersemangat agar kesilapan yang pernah saya lakukan tidak akan diulangi pada tahun depan.