Sun 12 Apr 2009
Memohon Pinjaman
Posted by admin under Kehidupanku
No Comments
1. Selama saya menghadiri seminar perniagaan, saya perhatikan masa sesi ceramah tentang pinjaman perniagaanlah peserta paling berminat.
2. Macam-macam soalan yang ditanya oleh peserta kursus. Kebanyakkanya nampak macam berniat nak pinjam ratusan ribu ringgit.
3. Namun selepas seminar. Saya bertanyakan tentang permohonannya tentang pinjaman. namun apa yang saya tahu mereka belum lagi meminjam.
4. Puncanya ialah kerana perlu menyediakan kertas Rancangan Perniagaan sebelum memohon. Sebenarnya ramai yang tidak tahu menyediakan RP ni. Tambahan pula bab-bab unjuran pendapatan atau kunci kira-kira.
5. Upah menyediakan RP sangat tinggi, dalam lingkungan 2 ribu. Ramai yang tidak sanggup menengeluarkan modal sebanyak itu.
6. Akhirnya tiada pinjaman dibuat. Perniagaan yang sudah dijalankan tiada perubahan kerana tiada suntikan modal dan yang belum memulakan perniagaan hanya akan impian sahaja.
7. Akibatnya banyak dana yang disediakan tidak digunakan.



