Archive for February, 2009

1. Kadang-kadang kita susah nak berniaga sebab tak ada idea bisnes.

2. Kadang-kadang kita susah nak mula berbisnes kerana banyak idea bisnes.

3. Kadang-kadang bisnes kita lingkup sebab idea bisnes kita tak berkembang.

4. Kadang-kadang bisnes kita lingkup sebab idea bisnes kita terlalu berkembang.

Dalam bisnes terlalu banyak kemungkinan. Kita tak dapat jangka manakah satu risiko yang boleh menghancurkan perniagaan kita.

5. Saya pernah kerugian kerana bangun lewat, kereta rosak masa berniaga dan pernah kena bomohkan orang!

6. Pendek kata dalam bisnes segala-galanya mungkin. Mungkin kerugian besar ataupun keuntungan besar.

1. Dah lama saya tak baca novel. Bukanya apa. Sekarang saya tumpukan dalam bidang bisnes. Terlalu banyak buku bisnes yang saya baca. Kadang-kadang ada jugak terasa macam  information overload.

2. Saya sasarkan 3 buah buku bisnes dalam seminggu. Mujurlah saya tokey kedai buku, jadi bleh baca free. :)

3. Suatu hari, saya terbaca post dari Sifu PTS, dia cakap dah lama tak baca novel melayu. Tapi bila baca buku ni, dia cakap best. Saya pun tertanya-tanya, best ke buku tu?.

4. Satu pagi, hati saya tergerak hati nak belek-belek isi buku tu. Dah lama duk dalam kedai saya, cuma tak pernah saya sentuh.

5. Apabila saya baca m/s pertama, saya dapat rasakan buku ni lain yang lain.

Ni dia buku tu- Dunia Ini Sederhana Kecil.

dunia-ini-sederhana-kecil2

6. Buku ini hasil karya saudara Bahruddin Bekri.

7. Gaya bahasanya santai dan ayat-ayatnya amat melucukan. Buku ni bercerita tentang Syamir, pengangur lepasan universiti mencari pekerjaan. Semasa mencari pekerjaan itu, banyak insiden yang melucukan berlaku.

8. Kalau nak tahu lebih lanjut, tak ada cara lain. Beli sendiri dan hayatilah falsafah-falsafah Syamir yang baguih dok ado.

P/s: Dalam hidup ni, kadang-kala kita kena lakukan benda-benda yang santai. Kalau selalu serius, nanti cepat stress. Baca buku bisnes serius, baca novel santai. Jadi sekali-sekala bacalah benda-benda yang santai, majalah ke, kartun ke atau ape-ape (jangan yang lucah sudah). Yang penting santai.

1. Masa saya kecik-kecik dahulu, tidak pernah saya jumpa nama yang serupa dengan saya. Kalau adapun tidak ada yang 100% sama. Nama saya Mohd Fakhrulrazi. Yang saya jumpa, Fakhrul Zaman,Fahrul Din, Razi, Mohd dan lain-lain.

2. Semakin saya besar, banyak nama yang sama saya jumpa. Namun ejaannya masih tidak serupa. Ada Fakrurrazi, fahrurrazi, fakrolrozi dan sebagainya. Pendek kata tak sama.

3. Kini, saya sudah pandai guna internet. Menerusinya, saya terjumpa lebih banyak nama yang serupa dengan saya. Malah ejaannya pun sama. Namun saya belum lagi terjumpa nama yang berbinkan sama dengan saya. Mohd Fakhrulrazi Bin Safiai( Nama bapa saya yang Datuk saya mahu ialah Shafie, namun pegawai pendaftaran tak pandai eja)

4. Perkara yang mengejutkan saya apabila saya terjumpa nama seorang artis yang bernama Fakhrulrazi pada minggu lepas. Saya bukannya kenal sangat siapa dia tu. Cuma yang agak merisaukan saya ialah nama domain.com. Ya! saya takut nama domain fakhrulrazi.com terlepas.

Lantas saya cepat bertindak. Kini nama domain ni ‘ana’ yang punya. Kepada sesiapa yang bernama Fakhrulrazi, sorrylah, nama ini saya yang punya sekarang.

P/s : Kepada sesiapa yang belum ada nama domain, cepatlah bertindak sekarang kerana sekarang sudah ramai yang celik IT. Kalau dah ada nama domain, jangan lupa menjaganya sebaik mungkin (dengan menyambung bayarannya setiap tahun). Kerana saya sudah ada pengalaman pahit, domain PanduanNiaga.com saya sudah terlepas sekarang, sedihnya.

Jika anda tengok iklan seminar perniagaan, MasyaAllah! mahalnya yuran. Sehingga ada yang bernilai ribuan ringgit. Persoalanya adakah berbaloi berbelanja besar unutk seminar?

Sebenarnya menghadiri seminar adalah perkara yang wajib bagi anda untuk maju dalam bisnes ataupun bidang lain. Namun anda perlu bijak memilih.

Perkara yang perlu anda ambil perhatian untuk memilih seminar ialah

  1. Siapa yang kendalikan seminar?
  2. Apa faedah/kemudahan lain yang ditawarkan selepas seminar?
  3. Berapa jumlah peserta?- semakin kurang semakin bagus.
  4. Dan yang terakhir ialah bayaran.

Bayaran adalah perkara yang terakhir yang perlu difikirkan. Dan harga juga tidak menjadi ukuran bahawa seminar itu bagus atau tidak. Ada yang bagus tetapi percuma (seminar yang dianjaurkan oleh PTS). Ada yang bagus tetapi mahal ( seperti yang dianjurkan oleh Rahsia Internet.com).

P/s: Pada 21/3/09 seminar perniagaan internet akan diadakan di Kota Bharu. Sesiapa yang berada di Kelantan bolehlah menghadirinya.

Sudah lama saya bercita-cita nak buat blog sendiri (yang berbayar). Namun entah mengapa hajat tu belum tercapai. Walaupun nak buat blog ni bukanlah payah sangat tapi agak susah juga kalau kita tak  bertindak.

Tunda punya tunda akhirnya saya ambik keputusan supaya blog sendiri mesti wujud sebelum minggu depan. Tapi saya tak pandai nak setup blog. Akhirnya saya upah orang lain buatkan untuk saya. Harganya murah jer, berbaloi sebab saya tak payah pening-pening kepala  belajar cara nak setup.

Kesimpulanya, kalau kita tak pandai nak buat sesuatu benda, kita masih boleh dapatnyanya. Caranya ialah meminta orang lain buat. Dalam bisnes pula, kita jangan mahu lakukan semua perkara. Kadang-kala mengupah orang lebih berbaloi.

Namun begitu, ada baiknya kita tahu serba sedikit tentang sesuatu perkara walaupun kita tidak membuatnya sendiri.  Saya masih belajar tentang cara nak setup blog sendiri walaupun blog dah siap.

Mana tahu, suatu hari nanti saya boleh ambil upah setupkan blog orang lain pula:)