Thu 14 May 2009
Kenapa ramai yang tidak update blog
Posted by admin under Internet, Kehidupanku
1 Comment
1. Saya memang seorang yang gila membaca. Saya suka baca apa sahaja yang ada depan mata. Kadang-kadang yang tidak ada saya adakan. Maksudnya saya suka mencari maklumat terutamanya berkaitan dengan perniagaan.
2. Setiap bulan, saya pasti menghabiskan 5 buah buku. Kadang-kadang lebih, kadang-kadang kurang.
3. Selain buku, bahan bacaan lain ialah internet. Di internet, bahan bacaan yang paling saya gemari ialah blog. Dua blog saya saya paling gemar ialah www.universitipts.com dan www.irfankhairi.com.
4. Saya suka blog universitipts sebab pemiliknya ialah pengerusi PTS, iaitu syarikat penerbitan buku. Saya adalah salah seorang penulisnya. jadi saya perlu sentiasa melayari blog ini untuk informasi yang terkini dunia penerbitan.
5. Blog irfankhairi.com pula menarik sebab pelbagai informasi tentang bisnes terlalu banyak. Ianya meliputi bisnes internet dan bukan internet. Rasanya semua yang terlibat dalam bisnes internet pernah membaca blognya.
6. Antara faktor lain yang saya suka blog ini ialah sentiasa update. Blog universitipts diupdate hampir setiap hari dan setiap update mengandungi lebih dari satu post. Sangat banyak informasi dapat diperolehi. Saya sangat kagum dengan Puan Ainon( pemilik universitipts) sebab meluangkan banyak masa dengan blognya.
7. Begitu juga dengan irfankhairi.com. Blog ini juga sentiasa update yang mengandungi post-post yang unik iaitu tidak menceduk post dari blog orang lain. Ramai yang ingin aktif berblog tetapi malas menulis. Langkah yang sering mereka lakukan ialah menceduk post dari blog orang lain.
8. Saya tidak suka menceduk blog orang lain dan malas menulis di blog. Saya hanya malas menulis di blog tetapi rajim menulis buku!.
9. Salah satunya ialah blog saya tidak cantik. Saya tidak bangga dengan wajah blog saya sekarang kerana kelihatan begitu amatur. Ya, inilah satu-satunya punca masalah saya.
10. Jadi, saya berazam lepas ini akan mengupah designer untuk mengubahsuaikan blog saya agar saya berbangga dengan.
11. Saya rasa punca ramai orang malas update blog mereka sama dengan saya iaitu blognya tidak cantik.
12. Jadi hadapi masalah ini dan sentiasalah update blog anda.
Wassalam



