1. Setiap perniagaan mempunyai strategi pengurusan yang  berbeza antara satu sama lain.

2. Walaupun kita membuka kedai makan. Strategi pengurusan kedai makan di kampung berbeza dengan pengurusan kedai makan di bandar.

3. Begitu juga dengan kedai buku. Sudah hampir 8 bulan saya membuka kedai buku di Gua Musang. Kedai buku saya bernama Kedai Buku Ash-Shafie, sempena nama ayah saya.

4. Gua Musang sebuah bandar yang sedang membangun. Walaupun daerah ini adalah yang terbesar di Kelantan tetapi penduduknya tidak ramai ( lebih kurang 80 ribu orang).

5. Majoriti penduduk di sini adalah peneroka (FELDA, FELCRA, dan persendirian). Walaupun purata pendapatan penduduk di sini tidaklah berapa tinggi namun kuasa beli mereka agak tinggi. Mungkin kerana taraf hidup yang rendah.

6. Boleh dikatakan di Gua Musang, peluang perniagaan agak tinggi kerana masih banyak peluang perniagaan yang belum diterokai di sini. Namun begitu, ada juga jenis perniagaan yang belum lagi sesuai untuk diniagakan di sini seperti menjual kereta kerana majoriti penduduk lebih suka membeli kereta di bandar Kota Bharu atau Kuala Lumpur.

7. Berbalik kepada kedai buku. Apabila saya membuat keputusan membuka kedai buku, perasaan ragu-ragu tetap ada memandangkan dahulu ada sebuah kedai buku (rhythm) yang sudah menutup operasinya. Tambahan pula Syarikat Muda Osman (rangkaian kedai buku terbesar di Kelatan) tidak membuka rangkainya di sini.

8. Namun begitu, saya tetap membulatkan tekad untuk membuka juga kedai buku. Oleh itu saya kaji sikit-sikit strategi pengurusan yang sesuai digunakan di sini.

9. Setelah lapan bulan kedai buku ini dibuka. Saya dapati banyak kesilapan yang saya buat dalam penguruskan kedai ini. Namun begitu, saya tetap positif kerana kita akan banyak belajar apabila “terbuat” kesilapan.

Ikuti sambungan dalam post akan datang yang bertajuk “kesilapan saya dalam penguruskan kedai buku”.