1. Terima kasih kepada yang memberi respon pada artikel lepas. Nampaknya sambutan tentang bisnes kedai buku tidak menggalakkan.

2. Namun begitu, saya tetap komited untuk menolong sesiapa yang mahu bertanya persoalan tentang kedai buku. Tak payah bayar, semuanya PERCUMA.

3. Caranya ialah add saya di Yahoo Mesengger. Id saya ialah myfakhrul@yahoo.com. Satu lagi add saya di facebook. www.facebook/fakhrulrazi.

4. Saya akan cuba menjawab persoalan anda tentang kedai buku semampu saya.

5. Semoga pertolongan kecil saya dapat menambahkan lagi bilangan kedai buku di Malaysia seterusnya meningkatkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

1. Sebelum membuka kedai buku, saya banyak mencari-cari maklumat tentang bagaimana untuk membuka kedai buku. Namun tidak banyak yang dijumpai. Ada beberapa perbincangan di forum-forum namun kebanyakkan hambar kerana yang terlibat dalam perbincangan itu tidak terlibat dengan bisnes kedai buku. Ada beberapa buku yang ditulis oleh penulis barat namun tidak banyak yang dapat dijadikan panduan untuk diamalkan di Malaysia.

2. Saya terpaksa memulakan bisnes kedai buku ini dengan sedikit ilmu yang diperolehi daripada belajar dari pengusaha-pengusaha yang kedai buku yang sudah lama dalam bisnes ini.

3. Setelah berada dalam bisnes ini selama setahun, saya dapati industri ini sebenarnya cerah dan boleh menjamin masa depan yang cerah kepada pengusaha-pengusaha kedai buku. Ada beberapa keistimewaan bisnes ini yang tidak ada pada bisnes lain, umpamanya boleh dikatakan bisnes ini kalis gawat kerana bebarapa faktor. Antaranya ialah ada bebrapa barangan yang “wajib” dibeli seperti alatulis, dan buku rujukan, yasin, Quran dan majalah dan akhbar.

4. Dalam industri ini, ramai juga pengusaha kedai buku yang gulung tikar dan tidak dapat bertahan lama. Tetapi ada juga yang terus berjaya membuka cawangan dan berkembang. Contohnya ialah rangkaian buku Rythm menutup semua operasinya diseluruh Malaysia kerana tidak dapat bertahan tetapi rangkaian buku Popular terus berkembang dengan pesatnya dari setahun-ke setahun.

5. Kesimpulannya, walaupun bisnes ini berpotensi besar, namun perlu menggunakan strategi yang betul. Untuk menggunakan strategi yang betul, perlulah mendapatkan ilmu dan maklumat yang betul.

6. Apabila saya menulis di blog tentang kedai buku, terdapat bebarapa maklum balas yang mahukan maklumat cara-cara membuka kedai buku. Saya sangat ingin membantu mereka namun tidak sempat membalas semua pertanyaan. Saya fikir alangkah baiknya jika saya dapat berkongsi ilmu dengan menulis sebuah buku tentang bisnes kedai buku.

7. Apabila berniat menulis buku, penerbit pertama pilihan saya ialah PTS kerana saya sudah mempunyai pengalaman baik dengan syarikat tersebut. Namun, masalahnya PTS ialah penerbit swasta yang mengamalkan strategi “kueh tempah”. Jika tidak banyak permintaan, judul tersebut tidak akan diterbitkan.

8. Oleh itu, saya minta kerjasama kepada sesiapa yang membaca tulisan saya ini memberi komen. Mungkin komen saudara dapat membantu saya menilai adakah menulis buku tentang bisnes kedai buku patut atau sebaliknya.

1. Antara kajian yang biasa kita dengar tentang bisnes ialah sekiranya sesuatu bisnes yang baru dibina dapat bertahan selama 3 tahun, biasanya ia akan terus bertahan dalam tempoh yang lama. Saya amat setuju dengan kajian ini.

2. Izinkan saya ceritakan pengalaman saya yang terbaru tentang bisnes kedai buku ini.

3. Saya membuka kedai buku pada awal tahun 2009. Lebih kurang seminggu selepas sekolah dibuka. Walaupun masih awal tahun, pelanggan saya tidaklah ramai disebabkan faktor masih belum dikenali. Namun, disebabkan kurang persaingan, jualan sentiasa mencecah lebih seribu ringgit sehari. Satu jumlah yang agak banyak memandangkan dengan kedai saya baru dibuka.

4. Sepanjang tahun 2009, ada beberapa kesilapan yang saya lakukan dalam menguruskan kedai ini. Yang paling banyak ialah kesilapan dalam membeli stok. Seperti yang saya ceritakan dahulu dalam post yang lepas, kesilapan ini agak mudah dilakukan berulang kali disebakan tiada pengalaman yang dapat dijadikan rujukan. Oleh itu saya sedaya-upaya mengelakkan membuat kesilapan yang sama dalam situasi yang sama. Saya berazam tidak mengulanginya pada tahun yang berikutnya.

5. Setahun berlalu. Tahun ini saya sediakan stok alat tulis yang agak banyak untuk jualan awal tahun. Mengikut rekod tahun lepas, stok sebanyak ini habis dalam dijual dalam sebulan. Jadi pada tahun ini, saya jangka akan habis dijual dalam masa seminggu. Namun saya silap. rupanya-rupanya habis dalam masa 2 hari sahaja. Kesilapan yang sama berulang lagi.

6. Kalau dahulu jualan mencecah seribu ringgit sehari. Jadi, saya menjangkakan naik kepada 2 ribu ringgit. Namun saya silap, jualan harian mencecah 3 ribu.

7. Apabila difikirkan, memang mudah saya membuat kesilapan dalam membuat perkiraan bisnes kerana saya baru berada di tahun kedua. Terlalu cetek pengalaman yang dapat dijadikan panduan.

8. Saya berharap pada tahun ini, kesilapan ini dapat dikurangkan kerana sudah ada pengalaman tahun lepas untuk dijadikan rujukan. Saya sangat bersemangat untuk memajukan bisnes ini.

9. Kepada usahawan baru ataupun yang lama tetapi membuka perniagaan baru, percayalah, bisnes biasanya akan berkembang maju apabila berjaya bertahan dalam tempoh “sumpahan” iaitu tiga tahun.

1. Setelah hampir setahun membuka kedai buku, saya rasakan bisnes ini semakin sesuai dengan jiwa saya. Sebabnya saya sangat suka membaca.

2. Namum begitu, dalam bisnes, minat sahaja tidak cukup. Ilmu sahaja tidak cukup. Rangkaian (networking) sahaja tidak cukup. Pengalaman sahaja tidak cukup. Nasib sahaja tidak cukup. Pendek kata semuanya perlu ada.

3. Dalam bisnes, semakin lama anda menceburi dan mendalami, anda akan rasakan anda semakin jahil. Hakikatnya anda semakin pandai.

4. Semasa menguruskan kedai buku ini, saya ada membuat beberapa kesilapan kecil seperti terlebih membeli stok dan silap memilih produk. Pada awal bisnes, semuanya main tunai. Tak ada pembekal yang beri hutang, jadi anda harus berhati-hati dengan pembelian stok. Semasa “terbuat kesilapan ini, saya menyangka akan membuat kesilapan ini sekali sahaja, tapi saya terkejut kerana banyak kali saya melakukan kesilapan ini.

5. Walaupun kesilapannya sama, iaitu silap semasa membeli stok, namun keadaannya tidak sama. Kerana stok yang perlu dibeli pada bulan 1 tidak sama dengan stok yang perlu dibeli pada bulan 9. Contohnya, pada bulan 1, kita perlu membeli stok buku tulis dalam jumlah yang banyak kerana pada masa ini biasanya Ibubapa membeli untuk anaknya dalam jumlah yang banyak untuk anak mereka. Pada bulan-bulan yang berikutnya, permintaan kepada buku tulis menjadi semakin sedikit. Kita akan melakukan kesilapan jika membeli dalam jumlah yang tetap setiap bulan.

6. Itu hanya contoh yang mudah. Sebenarnya banyak lagi yang perlu berhati-hati semasa pembelian stok. Contohnya buku folio, pensil warna, pensil, pemadam, kertas manila dan banyak lain. Kerana pelajar akan membeli bila tiba masanya. Contohnya, pertengahan tahun buku folia sangat laris pada pertengahan tahun kerana pada waktu ini biasanya pelajar perlu buat tugasan sekolah. Stok alat tulis yang asas seperti pensil dan pemadam pula perlu dibeli dalam jumlah yang banyak pada awal tahun dan setiap musim peperiksaan.

7. Itu baru cerita pasal alat tulis. Cerita pasal buku-buku rujukan sekolah dan bacaan umum seperti novel juga tidak kurang memeningkan kepala.

8. Kebanyakkan buku bacaan perlu dibeli secara tunai. Jadi stok buku yang mampu dibeli tidak banyak. Tambahan judulnya banyak. Kedai buku saya diuruskan secara manual (tiada sistem Point Of Sales), jadi banyak stok yang sudah habis terlepas pandang. Saya yakin, jika ada sistem POS, perniagaan akan menjadi lebih maju. Namun begitu, nak guna sistem ini semasa perniagaan sudah beroperasi bukanlah sesuatu yang terlalu mudah.

10. Ada lagi beberapa kesilapan kecil yang tidak berapa penting untuk ditulis di sini. Namun begitu, penting untuk saya tidak mengulanginya lagi.

11. Saya yakin dan bersemangat agar kesilapan yang pernah saya lakukan tidak akan diulangi pada tahun depan.

1. Setiap perniagaan mempunyai strategi pengurusan yang  berbeza antara satu sama lain.

2. Walaupun kita membuka kedai makan. Strategi pengurusan kedai makan di kampung berbeza dengan pengurusan kedai makan di bandar.

3. Begitu juga dengan kedai buku. Sudah hampir 8 bulan saya membuka kedai buku di Gua Musang. Kedai buku saya bernama Kedai Buku Ash-Shafie, sempena nama ayah saya.

4. Gua Musang sebuah bandar yang sedang membangun. Walaupun daerah ini adalah yang terbesar di Kelantan tetapi penduduknya tidak ramai ( lebih kurang 80 ribu orang).

5. Majoriti penduduk di sini adalah peneroka (FELDA, FELCRA, dan persendirian). Walaupun purata pendapatan penduduk di sini tidaklah berapa tinggi namun kuasa beli mereka agak tinggi. Mungkin kerana taraf hidup yang rendah.

6. Boleh dikatakan di Gua Musang, peluang perniagaan agak tinggi kerana masih banyak peluang perniagaan yang belum diterokai di sini. Namun begitu, ada juga jenis perniagaan yang belum lagi sesuai untuk diniagakan di sini seperti menjual kereta kerana majoriti penduduk lebih suka membeli kereta di bandar Kota Bharu atau Kuala Lumpur.

7. Berbalik kepada kedai buku. Apabila saya membuat keputusan membuka kedai buku, perasaan ragu-ragu tetap ada memandangkan dahulu ada sebuah kedai buku (rhythm) yang sudah menutup operasinya. Tambahan pula Syarikat Muda Osman (rangkaian kedai buku terbesar di Kelatan) tidak membuka rangkainya di sini.

8. Namun begitu, saya tetap membulatkan tekad untuk membuka juga kedai buku. Oleh itu saya kaji sikit-sikit strategi pengurusan yang sesuai digunakan di sini.

9. Setelah lapan bulan kedai buku ini dibuka. Saya dapati banyak kesilapan yang saya buat dalam penguruskan kedai ini. Namun begitu, saya tetap positif kerana kita akan banyak belajar apabila “terbuat” kesilapan.

Ikuti sambungan dalam post akan datang yang bertajuk “kesilapan saya dalam penguruskan kedai buku”.

1. Apabila anda berniaga, anda pasti akan terlibat dengan hutang. Hampir 99.9% orang berniaga pernah terlibat dengan hutang.

2. Hutang tidak semestinya berbentuk pinjaman seperti dengan koperasi, bank ataupun along. Makna berhutang sangat luas.

3. Hutang orang berniaga ialah seperti cek tarikh hadapan, kredit pembekal, pinjaman kewangan, sewa premis dan bayaran gaji pekerja.

4. Apabila hutang dijangka tidak dapat dijelaskan dalam masa yang ditetapkan, satu perasaan stress yang luar biasa akan dialami oleh usahawan. Stress yang berlebihan menyebabkan semangat berniaga menjadi luntur.

5. Daya berfikir juga menjadi sangat rendah. Sebab itulah kadang-kala usahawan yang gagal melakukan banyak perkara yang tidak masuk akal seperti bunuh diri, syirik ( menggunakan khidmat bomoh untuk kekayaan), membuat pinjaman dengan along dan sebagainya.

6. Ramai yang semakin jauh dengan tuhannya. Wanauzubillah himinzali’.

7. Sepatutnya apabila berhutang, anda perlulah mengamalkan beberapa tip dari segi agama untuk memudahkan hutang terlansai.

8. Antaranya ialah mengamalkan doa-doa memudahkan membayar hutang dan  sembahyang hajat .

9. Antara usaha lain ialah memberi sedekah. Dengan memberi sedekah, rezeki kita lebih berkat.

10. Kita juga perlu berunding dengan pemiutang kita dengan baik. Terangkan kepada mereka sebab-sebab dan masalah anda. Yang penting jangan lari dari membayar hutang.

1. Saya sudah terlibat dengan bisnes sejak umur 18 tahun lagi.

2. Bermacam-macam bisnes saya ceburi seperti bisnes pasar malam, kedai serbaneka, menjaja ke sekolah-sekolah, MLM dan kedai buku.

3. Perniagaan yang paling banyak mengambil masa saya ialah MLM. Dan perniagaan yang paling mengajar saya juga adalah MLM.

4. Seingat saya, sudah 5 jenis perniagaan MLM yang saya sudah sertai. Setiap kali menyertai, saya akan pastikan saya melaburkan wang dan masa yang paling tinggi yang saya mampu lakukan.

5. Namun begitu, tidak satupun bisnes MLM yang saya sertai memberi pulangan lumayan kepada saya. Walaupun dalam MLM, tiada istilah rugi kerana peserta hanya bertukar tempat membeli. Namun dalam sudut bisnes, ia jelas merugikan saya dari segi pulangan.

6. Namun dari segi pengalaman, MLM adalah satu pulangan yang tinggi kepada saya. Setiap kali menyertai MLM, saya akan mepelajari motivasi yang tidak mungkin saya perolehi jikaq tidak menyertai MLM.

7. Walaupun tidak pernah berjaya dalam MLM, saya tetap yakin bahawa MLM adalah satu bisnes yang menguntungkan. Saya tidak pernah serik menyertai MLM jika tawaran dan pelan perniagaannya menguntungkan saya.

8. Walaupun saya sangat positif dengan MLM, namun saya amat cerewet untuk memilih MLM. Sebelum menyertai MLM, saya akan kaji betul-betul peluang yang saya mungkin akan perolehi.

9. Telah terbukti, dalam MLM yang seya telah sertai, semuanya adalah antara yang terbaik. Pendek kata, syarikat ini telah banyak melahirkan jutawan. Malangnya, saya masih gagal.

10. Namun begitu, saya sentiasa positif bahawa pada suatu hari nanti, saya juga akan berjaya dalam MLM. Mungkin menjadi jutawan MLM. Saya yakin dan percaya, rezeki saya dalam MLM akan tiba jika saya sentiasa positif dan tidak putus asa.

11. Mungkin inilah yang dikatakan Hukum Tarikan “Law of Attraction”. Bulan lepas, saya telah diperkenalkan dengan bisnes MLM yang baru. Sebenarnya dah lama cuma ianya baru dalam hidup saya. MLM itu ialah eCosway.

12. Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah eCosway menawarnakan ahlinya membuka stokis secara percuma. Yang lebih mengujakan saya, stokis tersebut seperti kedai serbaneka yang lain dan mempunyai lebih 4000 produk.

13. Lantas saya membuat keputusan untuk menyertai MLM ini. Saya yakin, mungkin MLM inilah yang akan merealisasikan cita-cita saya bergelar jutawan MLM.

14. Setelah memerhatikan pelan perniagaannya, saya amat yakin bahawa inilah MLM yang terbaik di Malaysia pada hari ini.

15. Saya menyeru kepada anda semua, joinlah MLM ini dan pohonlah stokis sementara peluang masih ada.

1. Saya sangat berminat dengan dunia perniagaan dan keusahawan. Kata orang, orang yang berminat dengan bisnes ialah orang yang suka bersaing. Tapi, saya tidak begitu dan benci persaingan.

2. Kata orang, kalau nak berniaga, kena pandai bersaing, barulah maju. Tapi saya tidak berminat berbuat begitu.

3. Sehingga sekarang, saya tidak dapat menerima persaingan sebagai asas kejayaan dalam bisnes. Dan saya sering mencari-cari fakta yang menyokong pendapat saya, namun tidak dijumpai. Kebanyakkannya berpendapat bahawa perlu bersaing untuk berjaya dalam perniagaan.

4. Sehinggalah pada satu hari, saya terbaca laman blog Puan Ainon, Pengerusi Kumpulan PTS. Dia menegaskan bahawa PTS tidak percaya dengan konsep persaingan, tetapi percaya kepada konsep berlumba-lumba.

5. Katanya, dalam Islam, umatnya digalakkan berlumba-lumba dalam mengejar kebaikan (dalam semua kebaikan). Perniagaan pun wajib menggunapakai konsep ini. Saya sangat bersetuju dengan pendapat ini!

6. Dalam konsep ini, kita lebih digalakkan mencipta peluang daripada merebut peluang. Kerana perbuatan merebut peluang menyebabkan orang lain kalah.

7. Kadang-kala saya ada juga merebut peluang yang ada, tetapi kebanyakkannya saya mencipta peluang. Saya merebut peluang kerana peluang itu tidak diambil oleh orang lain. Dengan kata lain, saya bukan “merebut” tetapi “mengambil peluang”. “Mengambil peluang berbeza dengan “merebut peluang”. “Merebut peluang” menyebabkan ada pihak yang kalah dan “mengambil peluang” tidak menyebabkan orang lain kalah bahkan menyebabkan  orang lain mendapat manfaat.

8. Contoh mencipta peluang ialah, apabila saya melihat di tempat saya (Gua Musang) tidak ada kedai buku, saya mencipta peluang dengan mewujudkan peluang tersebut. Semasa saya ingin membuka kedai tersebut, ramai yang mempersoalkan mengapa saya berani membuka kedai buku sedangkan semua tidak berani membuka kedai buku di sini kononnya orang di sini tidak gemar membaca buku, buktinya tidak ada sebuah pun kedai buku yang beroperasi (yang betul-betul seperti kedai buku). Saya menjawab, orang di sini tidak membaca buku kerana kedai buku tiada.

Kedai Buku Ash-Shafie

Kedai Buku Ash-Shafie

9. Berbalik kepada konsep “mengambil peluang” , saya juga kadang-kala mengamalkan konsep ini. Dalam konsep ini, jika kita tidak mengambil peluang ini, ia akan membazir. Membazir adalah sikap yang dibenci oleh Islam. Contohnya sekarang, pihak eCosway menawarkan membuka stokis secara percuma kepada sesiapa yang berminat khususnya kepada orang Melayu, saya pun segera memohonnya kerana ramai yang mengabaikan peluang ini. Jika saya tidak “mengambil peluang” ini, ia akan menjadi membazir.

Stokis eCosway

Stokis eCosway

P/s : sesiapa yang berminat untuk mengetahui cara untuk membuka stokis eCosway bolehlah menghubungi saya.

1. Saya memang seorang yang gila membaca. Saya suka baca apa sahaja yang ada depan mata. Kadang-kadang yang tidak ada saya adakan. Maksudnya saya suka mencari maklumat terutamanya berkaitan dengan perniagaan.

2. Setiap bulan, saya pasti menghabiskan 5 buah buku. Kadang-kadang lebih, kadang-kadang kurang.

3. Selain buku, bahan bacaan lain ialah internet. Di internet, bahan bacaan yang paling saya gemari ialah blog. Dua blog saya saya paling gemar ialah www.universitipts.com dan www.irfankhairi.com.

4. Saya suka blog universitipts sebab pemiliknya ialah pengerusi PTS, iaitu syarikat penerbitan buku. Saya adalah salah seorang penulisnya. jadi saya perlu sentiasa melayari blog ini untuk informasi yang terkini dunia penerbitan.

5. Blog irfankhairi.com pula menarik sebab pelbagai informasi tentang bisnes terlalu banyak. Ianya meliputi bisnes internet dan bukan internet. Rasanya semua yang terlibat dalam bisnes internet pernah membaca blognya.

6. Antara faktor lain yang saya suka blog ini ialah sentiasa update. Blog universitipts diupdate hampir setiap hari dan setiap update mengandungi lebih dari satu post. Sangat banyak informasi dapat diperolehi. Saya sangat kagum dengan Puan Ainon( pemilik universitipts) sebab meluangkan banyak masa dengan blognya.

7. Begitu juga dengan irfankhairi.com. Blog ini juga sentiasa update yang mengandungi post-post yang unik iaitu tidak menceduk post dari blog orang lain. Ramai yang ingin aktif berblog tetapi malas menulis. Langkah yang sering mereka lakukan ialah menceduk post dari blog orang lain.

8. Saya tidak suka menceduk blog orang lain dan malas menulis di blog. Saya hanya malas menulis di blog tetapi rajim menulis buku!.

9. Salah satunya ialah blog saya tidak cantik. Saya tidak bangga dengan wajah blog saya sekarang kerana kelihatan begitu amatur. Ya, inilah satu-satunya punca masalah  saya.

10. Jadi, saya berazam lepas ini akan mengupah designer untuk mengubahsuaikan blog saya agar saya berbangga dengan.

11. Saya rasa  punca ramai orang   malas update blog mereka   sama dengan saya iaitu blognya tidak cantik.

12. Jadi hadapi masalah ini dan sentiasalah update blog anda.

Wassalam

1. Sebelum ada blog berbayar, saya berjanji dengan diri sendiri bila ada blog sendiri, saya akan update blog dua kali sehari.

2. Namun setelah ada blog, perasaan grairah nak update mula terhakis sedikit demi sedikit. Ditambah pula memikirkan blog saya tiada pelawat, jadi bertambah-tambahlah perasaan malas nak update.

3. Tapi saya mula sedar, blog yang tidak diupdate tidak akan dilawati oleh pengunjung. Jadi saya pun gagahkan diri unutk update.

4. Saya fikir, saya mungkin memerlukan personal coaching untuk push saya supaya lebih berjaya.

Next Page »